Monday, May 18, 2009

Tamu Tamparuli



Welcome to "Ghost Town"....!!!

Kalaulah pekan kecil ini punya pintu gerbang seperti pekan-pekan yang lain..pasti perkataan ini sungguh menarik untuk ditulis....namun apakan daya...pekan ini masih menunggu seseorang yang mampu merubah suasana disini...

Salah satu keistimewaan pekan ini selain jambatannya ialah "hari Tamu" yang akan diadakan setiap hari Rabu setiap minggu (bukan pasar Rabu).Mungkin penduduk Sabah tahu apa itu Tamu namun penduduk semenanjung malaysia lebih mengelarkannya sebagai pasar tani..pasar pagi..dan keadaannya seolah-olah seperti pasar malam di Malaysia Barat..yang bezanya..Tamu di Sabah akan bermula seawal jam5 pagi sehingga tengah hari manakala Pasar Malam pula akan bermula pada sebelah petangnya di semenanjung Malaysia. "TAMU" sebenarnya adalah "tempat pertemuan" bagi penduduk setempat..kerana itulah hampir semua pekan yang ada di Sabah mempunyai "hari tamu" nya yang tersendiri. Salah satu Tamu yang terbesar di Sabah ialah Tamu Besar Kota Belud..kalau ada masa nanti..saya akan bercerita pula tentang Tamu ini.

Apa yang akan kita lihat dan cari di Tamu??
Bagi penduduk tempatan,Hari Tamu merupakan salah satu hari yang utama untuk membeli segala keperluan keluarga..Tamu jugalah hari yang dinanti-nantikan untuk memperolehi wang dengan menjual apa sahaja yang boleh diperdagangkan.Sebut sahaja perkataan "tamu", pasti akan terbayang keadaan yang sesak dengan orang ramai.. sayur kampung.. ubat-ubatan tradisional.. makanan tradisional tempatan... barangan pertanian... pakaian.. tembakau asli.. buah-buahan.. barangan aksesori.. kraftangan sehinggalah haiwan ternakan akan dapat dilihat diperdagangkan di tamu ini...kata orang Sabah.. "macam-macam ada.."


apabila berjalan-jalan mengelilingi kawasan Tamu..saya akan sering terfikir..betapa gigihnya orang kampung bercucuk tanam untuk mendapatkan mata pencarian..malahan demi sekeping wang ringgit yang tidak seberapa, banyak yang sanggup berpanas terik menjual barangan mereka..inilah orang kampung...janji "barang jadi duit"....





Paling seronok berada di kawasan tamu adalah masa cuti-cuti sekolah hujung tahun atau pun masa cuti2 perayaan...sangat meriah.. kata kawan..banyak 'sumandak".. last-last tidak tahu mahu beli apa..seronok jalan sampai mahu beli apa pun tidak tahu..terlalu banyak yang ingin dibeli..macam-macam ragam penjual..pembeli yang dapat dilihat..

keperluan dan kepentingan Tamu ini kepada penduduk tempatan memang sukar digambarkan dengan penglihatan semata-mata. Biarpun sebuah pasaraya mega dibina di pekan ini, saya yakin dan pasti..kegiatan Tamu ini tidak akan berakhir..dan sudah semestinya kerajaan harus berperanan untuk meneruskan dan memastikan kegiatan turun temurun ini terus berkekalan dan tidak tenggelam oleh arus pembangunan sekarang. Kerana di Tamu inilah si bapa petani dan si ibu petani mampu membuka tikar lamanya untuk meraih secebis rezeki demi menikmati sepinggan mee sup dan sepinggan makanan yang dimasak dengan perisa.."minyak masak".
*untuk sedikit panduan..anda boleh menikmati suasana Tamu yang berbeza-beza mengikut pekan dan daerah..

Tamu sepanjang minggu di seluruh Sabah

Ahad: Kota Kinabalu (gaya street), Kota Marudu, Sikuati, Kota Belud, Tuaran, Putatan, Papar, Membakut, Tenom
Isnin: Tandek
Selasa: Kiulu
Rabu: Tamparuli
Khamis: Donggongon, Telipok, Tenghilan, Pekan Nabalu, Sipitang, Tambunan, Keningau
Jumaat: Donggongon, Sunsuron, Weston, Mesapol, Kundasang
Sabtu: Babagon, Kinarut, Beaufort, Sindumin, Matunggong, Ranau (tamu besar setiap 1hb setiap bulan)


1 comment: