Friday, May 1, 2009

Jambatan Tamparuli


Pekan Tamparuli..satu nama yang makin dikenali ramai..kalau di semenanjung..sebut ja "Tamparuli"..ohhh..kampung Marsha AF tu ker?? Namun disebalik pekan ini..terdapat beberapa lambang utama yang menjadikannya cukup dikenali selain kerana bintang AF itu..anataranya...Jambatan Tamparuli.. Adakah anda berani menyusuri jambatan tinggi tergantung yang merentasi sungai semata-mata tidak mahu basah?? Mungkin kini anda boleh merasainya dengan siapnya Jambatan Gantung Tamparuli yang baru..lebih kukuh dan luas..namun tahukah anda mengapa jambatan baru ini terus dibina sesudah jambatan lama yang telah menjadi "lagenda" "karam" oleh banjir besar beberapa tahun dulu???
Inilah dia gambar Jambatan Gantung Tamparuli yang cukup terkenal itu..jambatan gantung sepanjang hampir 200 meter ini telah terpadam dalam peta Tamparuli sejak kejadian banjir "luar biasa" pada Januari 1999. Bayangkan jambatan setinggi itu tenggelam oleh banjir..dasyat!! Jambatan gantung ini pernah tersenarai sebagai jambatan gantung "Terpanjang" di Malaysia sebelum ia lenyap..namun memorinya cukup berkesan sehingga terciptanya lagu "pok-pok kangku ndo..sumunsui do jambatan..jambatan do tomporuli..bakasut tingggi oku..." lagu Jambatan tamparuli yang dicipta oleh penyanyi tempatan mendiang John Goisah. Lagu ini menjadi sangat terkenal sehingga seringkali menjadi lambang kebudayaan "orang Sabah". Di mana-mana pesta kebudayaan,pasti akan kedengaranlah lagu ini..bahkan semasa Hari Kemerdekaan pun akan bersiaran lah lagu ini secara "live". Dengan terputusnya jambatan lama ini, masyarakat tempatan merasakan Tamparuli seolah-olah kembali ke zaman silamnya yang terkenal dengan gelaran "The Ghost Town in Borneo". Tatkala air sungai melimpah..penduduk seberang akan sukar untuk sampai ke pekan ini..yang ada pun,jauh dan dan harus ada kenderaan..oleh yang demikian..atas kesedaran kerajaan tempatan..maka satu jambatan yang lebih tinggi,moden dan kukuh telah dibina bersebelahan dengan "Jambatan Berpuaka" pekan ini..

Ini pula adalah jambatan baru yang menggantikan "si laggenda" itu..jika dahulunya jambatan lama itu boleh dialunkan seolah-olah bermain dengan ombak, kini,ia sangat gah dan kukuh hampir 200 meter panjangnya. Hanya apabila anda berada di tengah2 jambatan baru ini..barangkali anda akan terasa debaran dan igauan tempat tinggi yang dibuai getaran angin sungai. Pemandangan di atas jambatan ini sungguh menakjubkan... tidak perlu dirisaukan seandainya jambatan ini putus dan menjunam kedalam sungai..kerana jambatan ini sudah sering menjadi "bahan eksperimen" bagi mereka yang putus asa dengan kehidupan mereka..dan sehingga ke hari ini..belum ada "kematian" yang direkodkan akibat "terbang" dari jambatan ini..kerana dasar sungai yang dalam serta tiada buaya yang seganas buaya sungai kinabatangan.

9 comments:

  1. weh pet.. dulu aku sempat men2 kt jmbatan yg lame.. haha.. best2! ;) - alip

    ReplyDelete
  2. blog ko ni ala2.. promosi mari melawat sabah.. hehe. nway.. nice pics.. troskan br0! ~ alip

    ReplyDelete
  3. saya sudah lalu jambatan tamparuli ini pada 10 oktober 2010.... saya tidak tahu jambatan tamparuli dilanda banjir....thank you for the information.... now i know the history of Tamparuli Sabah...

    Sayang Kinabalu dari saya.... =)

    ReplyDelete
  4. how about solungkoi ?the girl that buried below the brige ?

    ReplyDelete
  5. yaa solungkoi!!!!! how about her?

    ReplyDelete
  6. kasi cerita tu jambatan berpuaka. kasi tengok juga tu gambar2 dia termasuk tu kubur berdiri.boleh jd lawatan tu.tatap laku!
    jambatan paling tahan!!!

    ReplyDelete
  7. This is my hometown. Pernah sy ikut tu jambatan gantung lama. Mmg rasa gayatnya. Belum sampai di tengah. Sudah terasa macam menari2. Walaupun tiada buaya mcm d sg kinabatangan. Tapi nda ada jg org yg mau terjatuh d sg kan.? Hihihi

    ReplyDelete
  8. This is my hometown. Pernah sy ikut tu jambatan gantung lama. Mmg rasa gayatnya. Belum sampai di tengah. Sudah terasa macam menari2. Walaupun tiada buaya mcm d sg kinabatangan. Tapi nda ada jg org yg mau terjatuh d sg kan.? Hihihi

    ReplyDelete
  9. Sedihnya masa jambatan tu kena banjir.. Rumah kami quarters tepi sungai pun sampai tingkap kena.. Tahun 1999

    ReplyDelete