Friday, May 1, 2009

kayu api VS tong gas VS renjatan elektrik!!


Pernahkah anda menikmati hidangan yang dimasak oleh tiga jenis alat memasak yang utama ketika ini?? bayangkan masakan yang dimasak menggunakan kayu api..bagaimana rasanya?? bayangkan pula masakan yang dimasak secara moden,menggunakan dapur elektrik..apa rasanya?? ataupun lauk pauk yang dimasak cara "standard",dapur gas..sedap tak?? Sekiranya ada tidak pernah merasai ketiga-tiga rasa makanan yang di"proses" menggunakan "aksesori" masakan ini maka saya mengucapkan tahniah!! anda sangat rugi menjadi seorang manusia yang hidup berevolusi. Sebelum lebih banyak saya kongsikan disini, lihat dahulu gambar-gambar ini,bayangkan bagaimana rasanya...sedap?? wangi??

Apabila kita berkunjung ke kawasan-kawasan luar bandar (tidak perlu ke pedalaman), kita akan dapat melihat banyak rumah penduduk kampung yang mempunyai dapur kayu api walaupun didalam dapur rumah itu sudah ada pelbagai "aksesori" memasak yang canggih dan mahal.. pernahkah anda terfikir mengapa masih banyak penduduk kampung yang menyediakan satu ruang khas untuk memasak menggunakan kayu api?? Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan bagi setiap alatan ini, namun yang pasti bak kata pujangga, biar mati anak jangan mati adat...jangan seperti kacang lupakan kulit.




DAPUR KAYU API
Kelebihan
-orang tua-tua cakap makanan yang dimasak lebih wangi
-jimat, kos bahan api cuma macis dan geth kering
-seandainya cuaca sejuk,boleh pakat ramai-ramai dengan 'family' "camping" depan dapur
-tidak perlu risau akan berlakunya letupan gas atau renjatan elektrik
-sambil masak nasi boleh sambil bakar ikan
-arang daripada kayu api yang dibakar(abu) boleh dijadikan "penyubur" tanaman (kadang-kadang digunakan untuk menghalau 'hantu' dalam rumah)
-kadang-kadang masakan lebih cepat masak,boleh bagi api besar-besar sesuka hati.
-ketika keadaan-keadaan tertentu,boleh menghalau nyamuk dan unggas dalam rumah

Kelemahan
-nak hidupkan api ambil masa yang lama
-api harus dijaga,size api berbeza-beza mengikut peringkat memasak
-kalau musim hujan,mana nak cari kayu api??
-kalau tersalah pungut kayu api, habis pedih mata oleh asapnya..mahu pilih kayu api pun kena tahu jenis kayu yang sesuai!!
-tangan hitam kena arang dan abu kayu..
-periuk belanga cepat hitam,tiap kali masak harus "kikis" itu ini
-kena 'mantain' duduk depan dapur..takut kayu api jatuh atas lantai!!
-harus sediakan ruang khas..kalau tidak,habis satu rumah berjerebu

DAPUR GAS
Kelebihan
-nampak lebih moden,tak ketinggalan zaman
-boleh masak sampai '4 in 1'
-api masakan senang nak jaga
-hidupkan api cuma perli 'tekan dan pulas'
-tak payah risau api nak 'terbang' kemana-mana
-boleh masak sambil tengok tv
-boleh masak sambil mengumpat!!
-kanak-kanak pun boleh masak guna benda ni,mak boleh duduk goyang kaki depan tv
-tak payah risau pasal asap dan jelaga hitam
-masakan kompom masak

Kelemahan
-tong gas kalau bocor boleh bertukar menjadi "bom aktif"
-kena selalu jaga,entah-entah periuk dah 'kering'
-tidak mesra alam,menghabiskan sumber gas asli
-kos mahal,berkarat dan tiap masa kena pastikan tong gas selamat dan berisi,kalau tak,tiada lah makan malam
-kadangkala kalau dapat mertua orang "lama", dia tak makan kalau bukan masak pakai dapur kayu api

DAPUR ELEKTRIK

Kelebihan
-Nampak metropolitan, orang moden katakan..
-boleh tunjuk kaya kat jiran seblah rumah
-mudah digunakan dan mudah alih
-ringan dan cantik
-tidak risau berlakunya kebakaran atau letupan
-dapur pasti nampak bersih
-masakan yang dimasak ala-ala masak stim!!

Kekurangan
-mahal,kalau beli periuk jee,dah boleh beli 4-5 kampir beras hancur
-rumah orang pedalaman yang tiada bekalan elektrik mana dapat guna?
-orang terpelajar je boleh guna,kalau 'buta huruf',sampai esok pun tak siap masak
-buat jiran seblah rumah bergaduh,si bini nak lakinya beli satu macam si jiran sebla rumah,tapi si suami tiada duit!!
-masakan yang dimasak seringkali dipersoalkan tahap 'kemasakannya'
-wujud bil baru.."bil dapur"

4 comments:

  1. so which 1 u prefer 2 use? i have no chance 2 use it cuz i duno how 2 cook.. haha.. ya, i know 1 thing, wen BBQ, i use kayu api / arang.. haha..

    ReplyDelete
  2. mybe i prefer 2 use kedai mamak to eat laa..ahahaha

    ReplyDelete
  3. huhuhu...

    mcm saya guna dapur gas n elektrik...ye la kan, dapur kayu kt slangor nih dgn umah sewa camno nak guna kan...mmg dapur letrik mahal...tp bil letrik umah sy normal...xde la tinggi dan tak perlu wujudkan bil dapur pon...

    terpulang pada diri masing2 kan...

    tapi, kedai mamak lagik senang...ahhahaa

    ReplyDelete
  4. saya sokong dapur gas. tong gas cap shell :)

    oh ya, mintak izin paste & link gmbr tong gas shell tu. trimas~~

    ReplyDelete