Tuesday, May 26, 2009

Betapa Rindunya....


sedar tidak sedar..sudah hampir 3 tahun saya berada di sini..saat-saat sunyi macam ni,teringat pula segala yang selalu kami lakukan d kampung zaman dulu-dulu..macam-macam ada....salah satu yang paling saya rindu mahu buat di kampung ialah 'mengurak' atau membersihkan ladang yang baru dibakar untuk memudahkan proses pewujudan ladang yg seterusnya..

selalunya, musim melakukan kerja ladang seperti ini dalam bulan julai-oktober di kampung saya..malangnya,tiap kali saya balik kampung bulan 5 atau 12..tiada apa yg seronok..musim ini sudah berlalu.. Apa yang seronok bila tiba musim ini ialah akan dapat bermain api..bermain arang kayu..malah..kulit bisa jadi hitam..tapi itu tidak mengapa bagi orang kampung seperti kami..keseronokan,pengalaman,suasana kerjasama,penat,panas,gurau senda,luka-luka,minum air dari mata air atau sungai kecil..itu semua sentiasa membuat saya rindu untuk menjadi "orang kampung" semula..betul la kata orang..hujan emas negeri orang,hujan batu negeri sendiri..seronok lagi di negeri sendiri...

Monday, May 18, 2009

Tamu Tamparuli



Welcome to "Ghost Town"....!!!

Kalaulah pekan kecil ini punya pintu gerbang seperti pekan-pekan yang lain..pasti perkataan ini sungguh menarik untuk ditulis....namun apakan daya...pekan ini masih menunggu seseorang yang mampu merubah suasana disini...

Salah satu keistimewaan pekan ini selain jambatannya ialah "hari Tamu" yang akan diadakan setiap hari Rabu setiap minggu (bukan pasar Rabu).Mungkin penduduk Sabah tahu apa itu Tamu namun penduduk semenanjung malaysia lebih mengelarkannya sebagai pasar tani..pasar pagi..dan keadaannya seolah-olah seperti pasar malam di Malaysia Barat..yang bezanya..Tamu di Sabah akan bermula seawal jam5 pagi sehingga tengah hari manakala Pasar Malam pula akan bermula pada sebelah petangnya di semenanjung Malaysia. "TAMU" sebenarnya adalah "tempat pertemuan" bagi penduduk setempat..kerana itulah hampir semua pekan yang ada di Sabah mempunyai "hari tamu" nya yang tersendiri. Salah satu Tamu yang terbesar di Sabah ialah Tamu Besar Kota Belud..kalau ada masa nanti..saya akan bercerita pula tentang Tamu ini.

Apa yang akan kita lihat dan cari di Tamu??
Bagi penduduk tempatan,Hari Tamu merupakan salah satu hari yang utama untuk membeli segala keperluan keluarga..Tamu jugalah hari yang dinanti-nantikan untuk memperolehi wang dengan menjual apa sahaja yang boleh diperdagangkan.Sebut sahaja perkataan "tamu", pasti akan terbayang keadaan yang sesak dengan orang ramai.. sayur kampung.. ubat-ubatan tradisional.. makanan tradisional tempatan... barangan pertanian... pakaian.. tembakau asli.. buah-buahan.. barangan aksesori.. kraftangan sehinggalah haiwan ternakan akan dapat dilihat diperdagangkan di tamu ini...kata orang Sabah.. "macam-macam ada.."


apabila berjalan-jalan mengelilingi kawasan Tamu..saya akan sering terfikir..betapa gigihnya orang kampung bercucuk tanam untuk mendapatkan mata pencarian..malahan demi sekeping wang ringgit yang tidak seberapa, banyak yang sanggup berpanas terik menjual barangan mereka..inilah orang kampung...janji "barang jadi duit"....





Paling seronok berada di kawasan tamu adalah masa cuti-cuti sekolah hujung tahun atau pun masa cuti2 perayaan...sangat meriah.. kata kawan..banyak 'sumandak".. last-last tidak tahu mahu beli apa..seronok jalan sampai mahu beli apa pun tidak tahu..terlalu banyak yang ingin dibeli..macam-macam ragam penjual..pembeli yang dapat dilihat..

keperluan dan kepentingan Tamu ini kepada penduduk tempatan memang sukar digambarkan dengan penglihatan semata-mata. Biarpun sebuah pasaraya mega dibina di pekan ini, saya yakin dan pasti..kegiatan Tamu ini tidak akan berakhir..dan sudah semestinya kerajaan harus berperanan untuk meneruskan dan memastikan kegiatan turun temurun ini terus berkekalan dan tidak tenggelam oleh arus pembangunan sekarang. Kerana di Tamu inilah si bapa petani dan si ibu petani mampu membuka tikar lamanya untuk meraih secebis rezeki demi menikmati sepinggan mee sup dan sepinggan makanan yang dimasak dengan perisa.."minyak masak".
*untuk sedikit panduan..anda boleh menikmati suasana Tamu yang berbeza-beza mengikut pekan dan daerah..

Tamu sepanjang minggu di seluruh Sabah

Ahad: Kota Kinabalu (gaya street), Kota Marudu, Sikuati, Kota Belud, Tuaran, Putatan, Papar, Membakut, Tenom
Isnin: Tandek
Selasa: Kiulu
Rabu: Tamparuli
Khamis: Donggongon, Telipok, Tenghilan, Pekan Nabalu, Sipitang, Tambunan, Keningau
Jumaat: Donggongon, Sunsuron, Weston, Mesapol, Kundasang
Sabtu: Babagon, Kinarut, Beaufort, Sindumin, Matunggong, Ranau (tamu besar setiap 1hb setiap bulan)


Friday, May 1, 2009

kayu api VS tong gas VS renjatan elektrik!!


Pernahkah anda menikmati hidangan yang dimasak oleh tiga jenis alat memasak yang utama ketika ini?? bayangkan masakan yang dimasak menggunakan kayu api..bagaimana rasanya?? bayangkan pula masakan yang dimasak secara moden,menggunakan dapur elektrik..apa rasanya?? ataupun lauk pauk yang dimasak cara "standard",dapur gas..sedap tak?? Sekiranya ada tidak pernah merasai ketiga-tiga rasa makanan yang di"proses" menggunakan "aksesori" masakan ini maka saya mengucapkan tahniah!! anda sangat rugi menjadi seorang manusia yang hidup berevolusi. Sebelum lebih banyak saya kongsikan disini, lihat dahulu gambar-gambar ini,bayangkan bagaimana rasanya...sedap?? wangi??

Apabila kita berkunjung ke kawasan-kawasan luar bandar (tidak perlu ke pedalaman), kita akan dapat melihat banyak rumah penduduk kampung yang mempunyai dapur kayu api walaupun didalam dapur rumah itu sudah ada pelbagai "aksesori" memasak yang canggih dan mahal.. pernahkah anda terfikir mengapa masih banyak penduduk kampung yang menyediakan satu ruang khas untuk memasak menggunakan kayu api?? Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan bagi setiap alatan ini, namun yang pasti bak kata pujangga, biar mati anak jangan mati adat...jangan seperti kacang lupakan kulit.




DAPUR KAYU API
Kelebihan
-orang tua-tua cakap makanan yang dimasak lebih wangi
-jimat, kos bahan api cuma macis dan geth kering
-seandainya cuaca sejuk,boleh pakat ramai-ramai dengan 'family' "camping" depan dapur
-tidak perlu risau akan berlakunya letupan gas atau renjatan elektrik
-sambil masak nasi boleh sambil bakar ikan
-arang daripada kayu api yang dibakar(abu) boleh dijadikan "penyubur" tanaman (kadang-kadang digunakan untuk menghalau 'hantu' dalam rumah)
-kadang-kadang masakan lebih cepat masak,boleh bagi api besar-besar sesuka hati.
-ketika keadaan-keadaan tertentu,boleh menghalau nyamuk dan unggas dalam rumah

Kelemahan
-nak hidupkan api ambil masa yang lama
-api harus dijaga,size api berbeza-beza mengikut peringkat memasak
-kalau musim hujan,mana nak cari kayu api??
-kalau tersalah pungut kayu api, habis pedih mata oleh asapnya..mahu pilih kayu api pun kena tahu jenis kayu yang sesuai!!
-tangan hitam kena arang dan abu kayu..
-periuk belanga cepat hitam,tiap kali masak harus "kikis" itu ini
-kena 'mantain' duduk depan dapur..takut kayu api jatuh atas lantai!!
-harus sediakan ruang khas..kalau tidak,habis satu rumah berjerebu

DAPUR GAS
Kelebihan
-nampak lebih moden,tak ketinggalan zaman
-boleh masak sampai '4 in 1'
-api masakan senang nak jaga
-hidupkan api cuma perli 'tekan dan pulas'
-tak payah risau api nak 'terbang' kemana-mana
-boleh masak sambil tengok tv
-boleh masak sambil mengumpat!!
-kanak-kanak pun boleh masak guna benda ni,mak boleh duduk goyang kaki depan tv
-tak payah risau pasal asap dan jelaga hitam
-masakan kompom masak

Kelemahan
-tong gas kalau bocor boleh bertukar menjadi "bom aktif"
-kena selalu jaga,entah-entah periuk dah 'kering'
-tidak mesra alam,menghabiskan sumber gas asli
-kos mahal,berkarat dan tiap masa kena pastikan tong gas selamat dan berisi,kalau tak,tiada lah makan malam
-kadangkala kalau dapat mertua orang "lama", dia tak makan kalau bukan masak pakai dapur kayu api

DAPUR ELEKTRIK

Kelebihan
-Nampak metropolitan, orang moden katakan..
-boleh tunjuk kaya kat jiran seblah rumah
-mudah digunakan dan mudah alih
-ringan dan cantik
-tidak risau berlakunya kebakaran atau letupan
-dapur pasti nampak bersih
-masakan yang dimasak ala-ala masak stim!!

Kekurangan
-mahal,kalau beli periuk jee,dah boleh beli 4-5 kampir beras hancur
-rumah orang pedalaman yang tiada bekalan elektrik mana dapat guna?
-orang terpelajar je boleh guna,kalau 'buta huruf',sampai esok pun tak siap masak
-buat jiran seblah rumah bergaduh,si bini nak lakinya beli satu macam si jiran sebla rumah,tapi si suami tiada duit!!
-masakan yang dimasak seringkali dipersoalkan tahap 'kemasakannya'
-wujud bil baru.."bil dapur"

Pernahkah anda merasa seperti ini??

Setiap hujung tahun apakah yang paling anda nanti-nantikan akan berlangsung di kampung halaman anda?? Disini saya ingin kongsikan sedikit situasi yang jarang , malam hampir "pupus" dalam budaya tempatan kita...apakah itu??

Family DAy @ Hari keluarga!!

Selain perayaan Krismas pada setiap penghujung tahun dalam keluarga besar kami, terdapat satu lagi acara yang wajib dan harus di anjurkan..peliknya.. generasi muda bertanggungjawap sepenuhnya dalam melaksanakan acara ini!! apa tidaknya..si bapa-bapa dan si mama-mama hanya kan menanti untuk diraikan..tunggu makan saja..dan paling penting..jadi penasihat yang setia..penasihat "menurunkan semangat dan penasihat "mendorong"..hehehe. faham-faham ja la..kalau mahu buat acara ni kena ada Kos..dan orang kampung paling sensitif kalau diminta duit..walau RM10.00 setiap keluarga!! bukan tiap satu kepala..kerja putung gata apalah sangat kan..tapi kerana ego dan tidak mahu "koyak muka" di kampung..ahh..baagi saja lah..hahaha. Itu pun kadang si bapa minta duit anak bikin bayar..ahahaha.

hari keluarga ini sebenarnya bertujuan untuk meraikan si "Big BOS" dalam keluarga..siapa lagi klu bukan si dia yang paling tua dalam hirerki keturunan kami kan..soo..oleh kerana si "Bos Staring" sudah mangkat, maka si "Permaisuri" lah yang jadi mangsa..haha..naa..ini lah dia si "Mama Bos" itu...

Si mama bos ini sebenarnya tiada rekod bila dia lahir..tapi tetap tahu dan memiliki IC original..walaupun tarikh lahinya main agak-agak saja..maka dalam rekodnya baru berumur lingkungan 80 tahun sedangkan si dia ini sudah ada anak tiga baru pergi buat IC..jadi oleh kerana Sabah ketika itu seumpama "lost world" kata kawan saya maka sangat sukar untuk mendaftarkan diri..apatah lagi lahir sebelum jepun datang..semasa jepun datang pun..si dia ini sudah ada anak..haha..

Apa yang menarik tentang sambutan ini adalah ia bukan sahaja sekadar makan-makan saja..tetapi di sini lah kami akan bertemu dengan suku sakat sahabat handai jauh dekat sampai saudara yang dari sarawak pun berani mengaku keturunan kami..dan memang pun mereka itu adalah saudara yang hilang ketika era"world war II" dulu..maka oleh kerana dalam adat kami asalkan ada pertalin darah maka dilarang berkhawin maka di sini la melihat siapa yang "haram" menjadi bakal teman hidup semati..hahaha..tapi ada juga yang keras kepala membuat "kontra versi orang kampung"..bak kata orang lama.."cinta itu buta.." sediakan "sogit" sajalah..asal ada duit semua pun jaadilah...
Semangat yang ada ketika setiap hujung tahun ini adalah semangat kekeluargaan yang mendalam..sampai ada yang sanggup berhabis duit poket sendiri..tidak pergi kerja dan macam-macam ragam semata-mata tidak mahu terlepas suasana ini..barangkali takut mati awal nanti tahun depan tidak dapat ikut lagi la kes macam ni berlaku..hahaha. Kemuncak kepada acara ini adalah seminggu sebelum acara diadakan..kad jemputan sudah diedar..notis sana sini sudah dilekatkan..dan paling penting..sms tidak akan berhenti..hahaha..
Lihat sajalah semangat si jejaka-jejaka ini..sungguh hebat..namun di sebalik kerja-kerja ini..siapa tahu masih terdapat seribu macam cerita sedih, sakit hati, marah, gembira ,penat dan macam-macam lagi yang akan berlaku..nasip baiklah angin yang sesekali datang menyejukkan badan..paling diharapkan.. jangan lah kami diberi "berkat" dalam bentuk hujan ketika ini..hahaha.. kalau anda perasan..kemana si gadis-gadis dan wanita menghilang ketika ini??
Naahhh..ini lah kerja mereka..duduk, ketawa, mengumpat dan gosok tangan..nasip baik saja tiada yang pandai "gulung" rokok daun disini..hahaha.. namun nasip baik lah kadang-kadang ada juga yang bawa makanan minuman kesana..ada pula yang datang dan beraksi seolah-olah mandur disini..hahaha..namun bila semua ini selesai..menjelang petang/malam acara bermula..ini lah kerja mereka..
wahh..bestnya mengumpat sambil potong sayur bersama..bukan selalu semua suku sakat bersama begini..ada orang kawin pun tidak lah sampai macam ni..ini lah istimewanya acara tahunan ini..jangan terkejut andai tahun ini suku sakat bahagian "Bos Mama" saja sudah 180..tahun depan akan menjadi 400!! hahaha..tahun lepas lepas hanyalah sekitar 80 orang hasil "perbuatan" 7 kepala keluarga..tahun lalu..ia sudah mencecah 180 orang!! ni hanya keluarga terdekat..belum campur kaum kerabat lainnya..bayangkan padang kecil ini penuh dengan suku sakat yang keluar dari mana muncul ketika ini..lawan bergaduh di sekolah rupanya saudara!!
hahahaha...betapa baiknya andai semua keluarga di dunia ini masih ada pertalian keluarga seumpama ini..banyak lagi yang tidak sempat saya kongsikan disini..namun pastinya Dec 2009 ia akan datang kembali!!

Jambatan Tamparuli


Pekan Tamparuli..satu nama yang makin dikenali ramai..kalau di semenanjung..sebut ja "Tamparuli"..ohhh..kampung Marsha AF tu ker?? Namun disebalik pekan ini..terdapat beberapa lambang utama yang menjadikannya cukup dikenali selain kerana bintang AF itu..anataranya...Jambatan Tamparuli.. Adakah anda berani menyusuri jambatan tinggi tergantung yang merentasi sungai semata-mata tidak mahu basah?? Mungkin kini anda boleh merasainya dengan siapnya Jambatan Gantung Tamparuli yang baru..lebih kukuh dan luas..namun tahukah anda mengapa jambatan baru ini terus dibina sesudah jambatan lama yang telah menjadi "lagenda" "karam" oleh banjir besar beberapa tahun dulu???
Inilah dia gambar Jambatan Gantung Tamparuli yang cukup terkenal itu..jambatan gantung sepanjang hampir 200 meter ini telah terpadam dalam peta Tamparuli sejak kejadian banjir "luar biasa" pada Januari 1999. Bayangkan jambatan setinggi itu tenggelam oleh banjir..dasyat!! Jambatan gantung ini pernah tersenarai sebagai jambatan gantung "Terpanjang" di Malaysia sebelum ia lenyap..namun memorinya cukup berkesan sehingga terciptanya lagu "pok-pok kangku ndo..sumunsui do jambatan..jambatan do tomporuli..bakasut tingggi oku..." lagu Jambatan tamparuli yang dicipta oleh penyanyi tempatan mendiang John Goisah. Lagu ini menjadi sangat terkenal sehingga seringkali menjadi lambang kebudayaan "orang Sabah". Di mana-mana pesta kebudayaan,pasti akan kedengaranlah lagu ini..bahkan semasa Hari Kemerdekaan pun akan bersiaran lah lagu ini secara "live". Dengan terputusnya jambatan lama ini, masyarakat tempatan merasakan Tamparuli seolah-olah kembali ke zaman silamnya yang terkenal dengan gelaran "The Ghost Town in Borneo". Tatkala air sungai melimpah..penduduk seberang akan sukar untuk sampai ke pekan ini..yang ada pun,jauh dan dan harus ada kenderaan..oleh yang demikian..atas kesedaran kerajaan tempatan..maka satu jambatan yang lebih tinggi,moden dan kukuh telah dibina bersebelahan dengan "Jambatan Berpuaka" pekan ini..

Ini pula adalah jambatan baru yang menggantikan "si laggenda" itu..jika dahulunya jambatan lama itu boleh dialunkan seolah-olah bermain dengan ombak, kini,ia sangat gah dan kukuh hampir 200 meter panjangnya. Hanya apabila anda berada di tengah2 jambatan baru ini..barangkali anda akan terasa debaran dan igauan tempat tinggi yang dibuai getaran angin sungai. Pemandangan di atas jambatan ini sungguh menakjubkan... tidak perlu dirisaukan seandainya jambatan ini putus dan menjunam kedalam sungai..kerana jambatan ini sudah sering menjadi "bahan eksperimen" bagi mereka yang putus asa dengan kehidupan mereka..dan sehingga ke hari ini..belum ada "kematian" yang direkodkan akibat "terbang" dari jambatan ini..kerana dasar sungai yang dalam serta tiada buaya yang seganas buaya sungai kinabatangan.

Air terjun Murug Turug

Pernakah anda menikmati suasana "camping" tepi sungai,di tengah hutan menghijau..sungai jernih.."boleh diminum begitu saja".. sejuk dan bermandi-manda "tiada buaya" dan paling penting..bbQ!!!
Air Terjun Murug Turug..ini terletak di Kampung Minangkob.. dalam daerah Tamparuli,Sabah.. 11km dari pekan Tamparuli dan 50km dari Kota Kinabalu melalui jalan utama KK-Ranau,4km melalui denai hutan dan kawasan kampung dari jalan utama.. menjanjikan pengunjung menikmati suasana 'kekampungan'!! perjalanan turun bukit selama 30 minit dan balik hampir 1 jam 30 minit..(penat mandi sampai jalan tak larat). Buat masa ini..masuk.."free of charge", tidak tahu lah kalau 5 tahun akan datang..dengan ketinggian melebihi 100 kaki, pastinya 'deruman' air yang jatuh boleh didengar sehingga lebuh 3km..apatah lagi kalau musim hujan...mahu berkhemah??ada tempatnya...gambar-gambar dibawah menjawap segalanya!!

Air dikala Musim Hujan..hendak mandi lebuh dekat tersekat oleh wap air dan angin yang kuat..suhu air sungainya mencecah 13*c!!

bersama teman-teman BBQ

My Fren menyalakan unggun apinya..

wowww!! seni membakar dalam hutan..


"Tamparuli State Assemblyman Jahid Jahim said the government proposed to develop several tourism products under the Ninth Malaysia Plan (2006-2010), including building the "Rumah Kebudayaan Dusun" (Dusun Cultural Abode) and upgrading the Australian War Memorial Park, Bukit Ruhiang and Minangkob Waterfall sites, said the Rumah Kebudayaan Dusun would popularise the culture of the Dusun ethnic community."

De Sulap of Monggisan??


Hujan batu negeri org..hujan emas negeri sendiri.. buat apa pergi tempat orang kan.. ahahaha... sooo.. sebagai pengenalan.. mari kita kenal mengenal dahulu apa yang ada dalam "monggisan" ini...

"monggisan" ini sebenarnya nama lain bagi kampung kami "Minangkob"..dan "sulap" adalah sejenis tempat berteduh bagi masyarakat tradisional (Dusun) yang juga boleh dianggap sebagai rumah kedua selepas rumah sebenar.. "sulap" ini biasanya dibina di kawasan ladang dan kebun..kerana itu hampir semua ladang ada 'sulap" kerana jauh dari rumah sebenar. (gambar=pemandangan dari beranda rumahku)...

Munculnya nama kampung ini "monggisan" disebabkan oleh wujudnya satu tempat dalam kawasan ini yang selalu dijadikan oleh orang kampung dulu-dulu untuk "mamangkis"(satu nada dalam bahasa melayunya seolah-olah menjerit)seumpama "kkiiiiiihhoii!!!!"....kononnya tempat ini dahulunya sebelum dibuat jalanraya melaluinya, terdapat satu denai laluan orang kampung ke kawasan kampung sebelah bukit yang 'berhantu' yang disebut kawasan "lipantai" (sehingga ke hari ini masih ada penduduk kampung yang 'diganggu' di tempat ini). Dan apabila orang kampung melalui tempat tersebut pada waktu-waktu tertentu mereka akan diganggu oleh si 'penunggu' penunggu setia ini yang membuatkan penduduk yang melaluinya seringkali "mamangkis" untuk menghalau si penggangu ini ataupun sebagai "amaran" dan "tanda" bahawa si penduduk ini tidak takut akan gangguan tersebut.

Wujud pula satu lagi cerita kononnya nama kampung ini diberi adalah apabila nenek moyang kami mahu meneroka kawasan ini dahulu..adanya sepohon pokok yang maha besarnya yang dipanggil
Pokok Monggis...masa itu Nippon belum datang buat jalan di kampung ini lagi..sebab kawasan ni bukit..oleh kerana banyaknya pokok jenis ini di kawasan ini dahulu maka kawasan ini lebuh dikenali sebagai kawasan "komonggisan" yang bermaksud kawasan yang banyak pokok Monggis..apabila kawasan ini menjadi kawasan petempatan yang ada sekarang..maka perkataan "ko..." itu tidak lagi digunakan dan hanyalah "monggisan" sahaja..("ko_an"=banyak).ini kerana sudah hampir tiada pokok tersebut di kawasan sekitar kampung ini..yang ada cuma saki baki yang menjadi lantai,tiang dan tulang rumah orang kampung..

Namun apabila satu kawasan lagi berdekatan kawasan ini yang dikenal sebagai "donguuk" maka dua kawasan telah diwujudkan sebagai satu kawasan dalam peta pentadbiran kerajaan negeri waktu itu, maka satu identiti baru harus diwujudkan...oleh kerana " bergabung = mitangkob" dalam bahasa Dusun..maka penduduk kampung dengan sehati sepakat menamakan kampung ini sebagai "Minangkob" yang ada sekarang ini.Oleh kerana pegawai pendaftar ketika itu mungkin berbangsa cina maka "minangkob=mitangkob"....beginilah alkisahnya..