Tuesday, May 26, 2009

Betapa Rindunya....


sedar tidak sedar..sudah hampir 3 tahun saya berada di sini..saat-saat sunyi macam ni,teringat pula segala yang selalu kami lakukan d kampung zaman dulu-dulu..macam-macam ada....salah satu yang paling saya rindu mahu buat di kampung ialah 'mengurak' atau membersihkan ladang yang baru dibakar untuk memudahkan proses pewujudan ladang yg seterusnya..

selalunya, musim melakukan kerja ladang seperti ini dalam bulan julai-oktober di kampung saya..malangnya,tiap kali saya balik kampung bulan 5 atau 12..tiada apa yg seronok..musim ini sudah berlalu.. Apa yang seronok bila tiba musim ini ialah akan dapat bermain api..bermain arang kayu..malah..kulit bisa jadi hitam..tapi itu tidak mengapa bagi orang kampung seperti kami..keseronokan,pengalaman,suasana kerjasama,penat,panas,gurau senda,luka-luka,minum air dari mata air atau sungai kecil..itu semua sentiasa membuat saya rindu untuk menjadi "orang kampung" semula..betul la kata orang..hujan emas negeri orang,hujan batu negeri sendiri..seronok lagi di negeri sendiri...

No comments:

Post a Comment