Racism atau sentimen perkauman seringkali menjadi "'duri dalam daging" dalam masyarakat Malaysia. Racism bererti seseorang yang bersifat atau mengamalkan budaya memandang serong atau memandang rendah terhadap kaum yang lain. Pemikiran itu selalunya bersifat negetif dan mudah terdorong untuk memburuk-burukkan atau memperlekehkan kaum atau bangsa yang lain. Kita sedar bahawa negara Malaysia merupakan satu negara yang berbilang bangsa, agama dan suku kaum. Namun semenjak merdeka sehinggalah ke hari ini, masalah perkauman ini masih menjadi tajuk perbincangan yang utama dalam pembangunan negara. Mungkin adalah salah disini seandainya saya berbicara sesuatu yang berbaur perkauman. Namun ini hanyalah sekadar pendapat saya sebagai seorag rakyat yang sedar akan pentingnya sentimen perkauman ini dihapuskan dalam minda masyarakat negara ini.
Sejak beberapa dekad yang lalu, sentimen perkauman ini masih jelas kelihatan dalam masyarakat kita. Bukan semuanya namun tidak dapat dinafikan masih terdapat sebilangan yang bersifat demikian. Sedar atau tidak sifat ini sentiasa membelengui masyarakat Malaysia. Lebih jelas adalah melalui semangat yang diperdagangkan dalam slot-slot berbaur politik. Namun drama politik yang seringkali dipersembahkan dalam media-media tempatan dan luar negara itu hanyalah sebahagian kecil sahaja. Jangan terperanjat seandainya saya mengatakan anda juga mungkin merupakan pengamal sentimen perkauman ini.
Racism bukan sahaja membawa kepada masalah perbalahan antara etnik, malah ia merupakan punca utama kepada berlakunya diskriminasi sosial dalam masyarakat. Dikriminasi sosial ini pula akhirnya menimbulkan perasaan prejudis dalam minda masyarakat kita sendiri. Apatah lagi Malaysia ketika ini sebenarnya sedang menuju ke satu era yang semakin terglobal secara keseluruhannya. Keadaan itu sebenarnya telah membuka ruang kepada persaingan-persaingan yang pelbagai dalam masyarakat tempatan termasuklah persaingan perniagaan, persaingan pekerjaan, persaingan tempat tinggal dan persaingan penguasaan dalam politik dan pentadbiran negara. Persaingan-persaingan ini pula akhirnya memberi kelebihan kepada mereka yang berkuasa untuk membuat keputusan. Dan ketelusan keputusan itulah yang seringkali dipersoalkan. Tindakan mempersoalkan inilah yang mewujudkan sentimen perbalahan yang akhirnya membawa kepada masalah-masalah yang berbaur berat sebelah yang akhirnya asal usul dipersalahkan.
Satu personaliti yang harus dipupuk dalam masyarakat Malaysia ialah belajar untuk lebih mempercayai seseorang itu tanpa mengira kaum, agama dan jantina. Percaya dan yakin itu dua perkara yang harus ada dalam minda masyarakat kita. Namun sifat ini nampaknya masih jauh untuk dipupuk dalam masyarakat kita kerana sifat tamak dan ego yang melampau masih jelas kelihatan. Lihat sahaja fenomena dalam negara ketika ini. Masyarakat sering bertelagah sesama bangsa sendiri hanya kerana pangkat, nama, jawatan dan pengaruh. Nilai yang selebihnya terus dipinggirkan. Malah masih wujud sentimen yang mengatakan bangsa yang satu itu lebih superior dari bangsa yang satu lagi. Kerana keadaan-keadaan inilah Malaysia sangat sukar untuk mewujudkan satu Negara Bangsa seperti yang diusahakan sejak sekian lama dahulu.
Dikriminasi sosial yang bersifat perkauman, dikriminasi jantina dan sifat terlalu berfikiran negatif merupakan satu cabaran yang sangat berbahaya dalam pewujudan negara yang maju, stabil dan aman. Sifat-sifat seumpama itu ibarat bom berdetik yang hanya menunggu masanya untuk meletup. Sikap masyarakat yang lebih suka mengambil bangsa sendiri untuk bekerja dalam perusahaannya dengan alasan untuk memudahkan komunikasi dan arahan adalah tidak wajar di amalkan. Persepsi bahawa wanita tidak mampu melakukan tugas yang selama ini dipikul oleh kaum lelaki harus dihapuskan. Menilai seseorang berdasarkan penampilan dan bentuk fizikalnya harus dielakkan. Penubuhan persatuan-persatuan yang terarah kepada satu bangsa sahaja harus dibendung.
Apa yang boleh saya simpulkan disini hanyalah kekuatan minda seseorang itu dalam mencari erti perjuangan hidup sendiri adalah satu-satunya pencabar kepada sentimen perkauman ini. Semangat kerjasama dan bertolak ansur yang sememangnya ada dalam setiap manusia yang layak digelar insan harus diteruskan. Pepatah "biar mati anak jangan mati adat" pada zaman ini tidak seharusnya menjadi pegangan sesama bangsa yang hidup dikalangan pelbagai adat dan kepercayaan kaum masing-masing.